Thursday, July 11, 2013

PAS KAWASAN BUKIT KATIL CIPTA SEJARAH


Tahun ini PAS Kawasan Bukit Katil menempa banyak sejarah manis dalam rentetan perjuangannya. 

PAS Kawasan berjaya menyumbangkan kerusi sulung di Dun Melaka apabila Dr Md Khalid Kassim berjaya memenangi kerusi Dun Bukit Baru pada PRU 13 yang lalu. Kejayaan ini amat manis kerana inilah julung kalinya PAS memenangi kerusi Dun atas tiket PAS.


Selain dari itu PAS Kawasan juga berjaya membeli sebuah bangunan kedai 2 tingkat dengan harga RM350,000 di Pekan Ayer Molek dan ianya bakal dirasmikan pada masa terdekat. Sijil menduduki, CF sudah pun diperolehi dan sekarang ini bangunan pejabat itu di peringkat kerja-kerja ubahsuai.

PAS Cawangan Bukit Katil juga menempa sejarah dengan membina sebuah pejabat berharga lebih dari RM250,000 tidak jauh dari lokasi markas PAS lama yang dirobohkan oleh BN. Malah PAS cawangan itu juga telah membeli sebuah rumah berharga lebih RM250,000 bagi menggantikan PASTI yang dirobohkan kerajaan zalim BN tidak lama dahulu. PASTI ini sudah beroperasi selama 2 tahun.

Kejayaan demi kejayaan ini adalah membuktikan perjuangan PAS tidak pernah padam dan lemah walaupun dihina dan dizalimi oleh Umno/BN yang merobohkan pejabat kawasan dan PASTI Bukit Katil tanpa belas kasihan. 

Akhirnya Allah juga menjatuhkan hukuman kepada pemimpin Umno/BN negeri dan bahagian apabila mereka tewas di Parlimen Bukit Katil dan Dun Bukit Baru pada PRU 13 baru lalu.

No comments:

Post a Comment