Wednesday, September 11, 2013

BANJIR : DR KHALID TINJAU KAWASAN BANJIR, ADAKAN GOTONG-ROYONG

Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Baru, Dr Md Khalid Kassim hari ini melawat Kg Balik Hutan dekat sini meninjau longkang yang dipenuhi rumput dan sampah yang menyebabkan kawasan tersebut sering dilanda banjir. 

"Rumput dan sampah memenuhi longkang berkenaan yang menyebabkan air tidak mengalir dengan baik dan melimpah keluar dari longkang menyebabkan banjir berlaku" 

"Insya Allah kita akan mengadakan program gotong-royong Ahad ini bagi membersihkan longkang yang tersumbat dan membuang rumput serta semak samun yang memenuhi longkap tersebut"ujar Dr Khalid.

Sehubungan dengan itu pihak Pejabat Adun Bukit Baru akan mengadakan program gotong-royong di kawasan berkenaan pada hari Ahad ini bermula jam 9.00 pagi.

'Kita jemput semua penduduk Kampung Balek Hutan untuk sama-sama bergotong-royong membersihkan kawasan longkang berkenaan" tambah beliau.

Dr Khalid juga memaklumkan bahawa pihaknya juga akan melawat kawasan air bertakung di kawasan Taman Tun Kudu bagi mencari punca sebenar masalah tersebut.

'Kita akan cari punca dan selesaikan masalah tersebut dengan bantuan pihak-pihak yang berkenaan" kata beliau.

Sementara itu beliau juga meminta penduduk di dalam Dun Bukit Baru khususnya untuk tampil ke pejabatnya di Taman Bukit Katil bagi memaklumkan apa juga masalah setempat untuk diselesaikan. 

'Tuan-puan juga boleh membuat panggilan telefon ke talian 06-2672239 untuk sebarang makluman" ujar beliau.

Nota : Gambar menunjukkan Dr Khalid bersama Pengerusi Sekretariat Dun Bukit Baru Cikgu Yusof dan AJK Sekretariat Dun Bukit Baru, Haji Jaya Muhammad meninjau kawasan longkang yang penuh dengan semak samun dan sampah di kampung Balek Hutan sebentar tadi.

No comments:

Post a Comment