Tuesday, September 24, 2013

PAS BUKIT KATIL RANGKA PROGRAM BERSEPADU PERKUATKAN ORGANISASI DAN GERAKERJA

Ayer Molek : Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Katil, Hj Md Yassim Musa berkata PAS Kawasan Bukit Katil akan merangka program bersepadu bagi memperkemaskan organisasi dan gerakerja dalam usaha untuk memastikan objektif dan KPI dicapai.

'Kepimpinan baru yang dilantik Ahad lalu akan merangka satu program bersepadu melibatkan semua organ parti dalam memastikan kita mantap dari segi struktur organisasi, tarbiyyah, gerakerja pilihanraya, pemerkasaan parti dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan"

'Kita akan meletakkan KPI tertentu kepada lajnah, dewan-dewan, organ pilihanraya, cawangan-cawangan dan sebagainya disamping gerakerja bersepadu untuk seiring untuk semua peringkat" ujar Yassim.

Beliau berkata antara perkara asas yang kita akan tumpukan ialah memastikan setiap cawangan mengadakan usrah, penambahan ahli, struktur organisasi yang lengkap dan aktiviti-aktiviti lain yang wajib dilaksanakan.

'Kita mesti bergerak dengan sistematik dan berkesan bagi membuktikan bahawa PAS adalah parti yang bila-bila masa bersedia menggantikan Umno/BN yang sudah reput dan menunggu masa untuk mati"

'PAS mesti menjadi tempat rakyat mengadu nasib dan hal dalam apa juga isu lebih-lebih kita melihat rakyat sedang menderita akibat kenaikan harga minyak, kenaikan harga barang dan juga berhadapan dengan masalah jenayah dan sosial yang kronik"

Menurutnya program membudayakan ilmu dan perubahan minda mesti dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh bagi mengubah persepsi rakyat yang masih tidak yakin dengan perjuangan Islam dan keadilan yang dibawa oleh PAS dan PR.

Beliau berkata demikian dalam kenyataannya media di Pejabat PAS Kawasan Bukit Katil di sini hari ini.

Menyentuh tentang pembentukan 'kabinet' PAS Kawasan  Bukit Katil beliau menyatakan ianya akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

'Sekarang pihak pimpinan sedang mengenalpasti individu-individu yang sesuai untuk mengisi jawatan-jawatan penting dalam PAS Kawasan"

'Kita mempunyai pilihan yang banyak untuk mengisi jawatan seperti Setiausaha, Ketua Penerangan, Pengarah Pilihanraya dan lain-lain" ujar beliau.

No comments:

Post a Comment