Wednesday, October 30, 2013

Britain negara Barat pertama di dunia terbit bon Islam

Britain akan menjadi negara barat pertama di dunia yang menerbitkan bon Islam, kata Perdana Menteri David Cameron (gambar) hari ini. 

Ketika membuat pengumuman pada Forum Ekonomi Islam Dunia Ke-9 di sini, beliau berkata kerajaan merancang menerbitkan 200 juta pound, dan dijangka dilancarkan awal tahun depan. 

Cameron berkata ia merupakan sebahagian daripada inisiatif kerajaan UK untuk menjadi pusat kewangan Islam utama di luar dunia Islam. ~bernama

1 comment:

  1. Tuesday, October 29, 2013
    PRK Sg Limau: Nik Aziz Dipulaukan Oleh Jentera PAS Kedah? Wooowwwww...!!!


    Hairan bin Ajaib! Walaupun hari berkempen sudah memasuki ke hari ke-7, namun sehingga kini tiada satu pun poster Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat yang kelihatan di sekitar kawasan Sungai Limau.

    Berbanding sebelum ini, Nik Aziz sering dijadikan sebagai modal utama kempen bagi menarik sokongan pengundi yang dikatakan menghormatinya sebagai seorang ulama.

    Tambah memelikkan apabila, kelibat Nik Aziz langsung tidak kelihatan atau setidak-tidaknya hadir untuk memberikan tazkirah di masjid atau surau. Apa sudah jadi? Nampaknya selepas Nik Aziz digugurkan dari jawatan Menteri Besar Kelantan, khidmat dan auranya turut hilang.

    Lebih menyedihkan, khidmatnya sebagai penceramah juga langsung tidak diperlukan oleh jentera Pas Kedah, walaupun pemerhati politik merasakan parti itu bakal berdepan dengan laluan sukar bagi mempertahankan kerusi Dun di Sungai Limau.

    Malah melalui sembang-sembang di kedai kopi, ada yang mengatakan Nik pada ketika ini sedang sakit tenat dan sukar untuk dibawa ke Sungai Limau bagi membantu jentera kempen.

    Tidak kurang juga, ada yang mengatakan bekas Menteri Besar Kelantan itu tidak bersetuju dengan pemilihan Azam Samad sebagai calon Pas. Ini kerana Azam dikatakan bakal dijadikan sebagai boneka kumpulan liberal di dalam parti itu sekiranya menang sekali gus bakal menjadi kumpulan penentang terhadap kelompok pimpinan ulama Pas.

    Walau bagaimanapun, dalam banyak isu yang dibangkitkan terdapat satu isu yang agak menarik untuk dikongsikan. Iaitu penolakan secara total oleh jentera Pas Kedah khususnya di Sungai Limau terhadap kehadiran Nik Aziz.

    ReplyDelete