Tuesday, January 26, 2010

IBU



"Salam. k mas jaga lajnah kebajikan? sy nak inform ada 1 pengundi kita masuk putra demam denggi kalo ada masa boleh pi ziarah esok....." itu di antara kata-kata sms yang aku terima.


Aku pasti sms ini datang dari adik Baktiar .Adik Bakhtiar yang baru saja aku kenali semasa mengadakan program 'Kembali ke Sekolah ' sempena meraikan anak-anak yatim Kawasan bukit Katil pada 27 Disember 09.




Mungkin aku pernah berjumpa dengannya sebelum dari program itu,cuma aku tidak mengenalinya sehinggalah salah seorang dari ajk Pemuda minta aku menghubungi adik Bakhtiar bagi pengunaan PA sistem ketika aku tercari-cari dimana boleh menyewa PA sistem yang agak baik memandangkan program itu turut di sertai seorang artis dari KL yang akan menyampaikan bebarapa buah nasyid bagi meraikan anak-anak yatim .Alhamdulillah ,akhirnya adik Bakhtiar membantu aku mengendalikan PA sistem di program tersebut tanpa sebarang bayaran.




Aku merenung sejenak. Memikirkan mana nak cari duit untuk memberikan sumbangan pada pesakit ini. Dua hari sebelumnya , aku baru saja menerima peruntukan dari bendahari PAS Kawasan tapi semalamnya telah aku gunakan untuk ziarah serta memberikan sumbangan kepada dua orang ahli cawangan Bukit Beruang. Mereka sedang menjalani rawatan dan terlantar di rumah dan dengan kedatangan aku, kak Leha serta Tuan Hj Ramli menampakkan keceriaan di raut wajah mereka.


Tn Hj Ramli beberapa kali dah bertahu aku bahawa terdapat bebarapa pesakit yang perlu di ziarahi di cawangan Bukit Beruang kerana mereka menghadapi penyakit yang agak serius.Cuma aku yang terpaksa bertangguh-tangguh disebabkan masalah kewangan .Maklumlah wang sumbangan telah digunakan di program 'Kembali ke Sekolah' dimana di dalam program itu, kita telah memberikan sumbangan berbentuk wang, sepasang baju sekolah, beg sekolah serta alatulis.Ianya telah menelan belanja yang agak banyak juga.




Dan jam 1.28 tengahari 21 jan 2010, aku menerima sms dari adik Bakhtiar. Siapakah pesakit ini sampai bunyi smsnya macam penting. Aku termangu-mangu lagi.


"Adakah kawan wanitanya atau jirannya atau tunangnya sebab aku tak pasti samada adik Bakhtiar sudah mendirikan rumahtangga atau belum" hati aku tertanya-tanya.




"Maaf, Boleh x akak ziarah minggu depan saja sebab akak dah x peruntukan sumbangan lagi. Smlm pun baru saja akak ziarah cawangan B.Beruang. akak x suka ziarah tanpa membawa apa-apa...."itulah diantara sms yang aku hantar pada adik Bakhtiar pada petang itu.Mungkin dengan berterus terang begitu, lebih menenangkan hati aku.




Namun siapakah kita disisi ALLAH SWT. Manusia merancang dan ALLAH juga merancang dan rancangan ALLAH yang sebaik-baiknya. Tiba-tiba pada petang itu, ada orang yang menghantar sedikit wang. Aku terkedu.




"IA, esok akak ziarah. H Putra lawatan buka pukul berapa?..."itulah diantara pertanyaan yang aku sms pada adik Bakhtiar sebaik saja aku menerima wang itu.




"maap lambat reply.Masa buka dari 9 pagi-9 mlm rasanya. Hari ini pkl 2-6 ptg mak den kua jap.Kalo ada kesempatan boleh ziarah.T Kasih" balas adik Bakhtiar pada keesokan harinya.




"Pkl 2-6 nak keluar jap. .Nak keluar pergi mana pulak. Nak kena operation agaknya" begitulah bisik hati aku. Aku agak kehairanan .




"Asalammu'alaikum" ucapan pertama yang aku keluarkan sebaik saja sampai ke hospital Putra pada jam 12.30 tengahari. Aku melemparkan senyuman.




Ibu Bakhtiar agak terkejut lalu bertanyakan siapa aku. Aku memperkenalkan diri sebagai Pengerusi Lujnah Kebajikan Kawasan Bukit Katil. Makcik Khadijah turut bertanyakan bagaimana aku tahu dia berada di hospital. Lalu aku berterus terang menyatakan bahawa Bakhtiar yang memberitahu aku. Makcik Khadijah menyatakan bahawa Bakhtiar anak yang kedua , dan telah mendirikan rumah tangga hampir 6 tahun. Macik Khadijah juga menyatakan kegembiraannya apabila Bakhtiar melibatkan diri dengan program-program yang baik. Memang dia senang hati dengan perkembangan itu.




"Macik nak keluar pergi mana kejap lagi. Bakhtiar ada beritahu saya..macik nak kena bedah ke?" aku ajukan soalan setelah lama soalan itu aku pengapkan dalam benak aku.




"ha..ya..makcik nak keluar kejap. makcik nak pergi kelas marhaban dan mengaji...memang selalu ada buat kat tempat makcik itu...Dr bagi keluar jap " ibu Khadijah jawab dengan begitu ceria sekali sambil membetulkan jarum yang tercucuk ditanganya.




Aku tersenyum. Dalam kesakitan rupanya ada kerinduan. Begitulah jiwa manusia yang telah disaluti iman. Baginya disitu lah letaknya kebahagiaan. Makcik Khadijah boleh berehat disitu tanpa diganggu sesiapa. Biliknya besar kebetulan hanya Makcik Khadijah seorang sahaja pesakit dikala itu .Makcik Khadijah boleh menonton tv selama dia duduk dibilik itu tapi hatinya tetap rindu pada kebajikan. Ibu yang berjiwa besar , tak banyak sedikit, pasti akan diwarisi oleh anak-anaknya.




Sebelum balik aku menghulurkan sedikit sumbangan buat makcik Khadijah. Pada mulanya dia agak keberatan untuk menerima mungkin tidak perlu buatnya. Tapi akhirnya menerima juga setelah aku memaksa kerana inilah sumbangan ikhlas dari PAS Kawasan Bukit Katil walaupun sedikit.


Aku sempat mengambil gambar makcik Khadijah serta adik Bakhtiar yang menemani ibunya disepanjang menerima rawatan.

"Nanti datanglah rumah Makcik dekat Lereh..dekat dengan sekolah budak-budak perempuan Lereh" pelawa makcik Khadijah sebaik saja aku bangun nak meninggalkan bilik itu.




"Insya ALLAH..nanti saya ziarah" aku tersenyum lagi.


Aku tahu tempat itu. Aku pernah menziarahi ke sekolah perempuan lereh itu. Mungkin hampir 10 tahun yang lalu. Aku sempat bermesra dengan anak-anak perempuan yang bermasalah di situ. Aku turut menyanyikan sebuah nasyid diatas pentas ketika meraikan mereka. Kami mengadakan persembahan bersama. Memang menarik untuk mengenali mereka kerana mereka hanyalah mangsa kepada keadaan.




Baru aku teringat...lupa nak beritahu adik Bakhtiar bahawa Lereh tidak termasuk Kawasan Bukit Katil.










No comments:

Post a Comment