Wednesday, January 6, 2010

PROGRAM KAWASAN DITERUSKAN

Alhamdulillah PAS Kawasan Bukit Katil berjaya meneruskan program-program kawasan dengan jayanya sehingga kini. Antara program terbaru yang dijalankan oleh PAS Kawasan ialah Program Ziarah ke Bukit Baru Dalam dengan kerjasama MTD Bukit Baru , Tazkirah Pesuruhjaya dan lain-lain.
Semasa musim cuti sekolah yang lalu PAS Kawasan berjaya mengadakan program cuti sekolah untuk murid-murid sekolah di mana Kelas Asas-asas Al-Qur'an telah dianjurkan di mana ianya telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan di kalangan murid-murid di sekitar kawasan ini.
Selain itu program berterusan PAS Kawasan terus berlangsung dengan jayanya iaitu Usrah Kawasan Dwimingguan, Usrah cawangan-cawangan, Ijtimak Bulanan, Program Kebajikan, Skim Penyayang, kenyataan akhbar, ceramah berkala, penambahan keahlian, penambahan cawangan, kuliah-kuliah di cawangan, ziarah, lawatan ke cawangan dan sebagainya.
Dewan Pemuda dan Muslimat serta Nisa' juga terus mengadakan program masing-masing yang sentiasa menjurukan kepada program kemasyarakatan, kesenian dan rekreasi.
Sementara itu PAS Kawasan akan menubuhkan 2 buah cawangan baru PAS di kawasan Bukit Katil tidak lama lagi. Penubuhan 2 cawangan baru ini membuktikan bahawa PAS terus diterima oleh masyarakat.
Insya Allah PAS Kawasan juga akan membentangkan taqwim tahunan untuk 2010 tidak lama lagi. Di harapkan tahun 2010 akan menyerlahkan lagi peranan PAS di Kawasan Bukit Katil bagi membebaskan rakyat dari cengkaman BN yang bermaharajalela sejak lebih 50 tahun lalu di Melaka.

No comments:

Post a Comment