Tuesday, May 4, 2010

BALAI ISLAM PAYA DALAM BERTUKAR WAJAH






Maka pada tanggal 17 Jamadil Awal 1431 bersamaan 2 Mei 2010, Ahad dengan rasa kesyukuran yang amat tinggi terhadap ALLAH S.W.T. kerana telah tercatatnya satu sejarah apabila telah diadakan Majlis Perasmian Bangunan Balai Islam Paya Dalam bagi Kawasan Bukit Katil sekaligus di adakan Mesyuarat Bukit Katil kali ke 7 di tempat yang sama.

Upacara yang begitu meriah ini telah di sempurnakan perasmiannya oleh YB Ustaz Nasarudin bin Md Isa merangkap Timbalan Presiden PAS Malaysia.

Semenjak tahun 1950, Kampung Paya Dalam tidak ketinggalan dalam menyertai perjuangan untuk mendaulatkan Islam sebagai Ad Din di negara ini.

Pada tahun 1960an, beberapa orang tokoh muda telah menyambung perjuangan Islam termasuk ustaz Ansor Hj Abd Manan. Almarhum Ustaz Supian bin Hj Abd manan dan Almarhum ustaz Yaakob bin Hj Abd Aziz.

Pada tahun 1980an, perjuangan diteruskan di bawah kepimpinan baru Hj Md Yasim bin Hj Musa atau dikenali dengan Omar dan juga wak Sardi bin Bakat.

Pada tahun 1990 an kepimpinan bertukar dan diambil seorang tokoh ulama muda iaitu Almarhum Ustaz Hj Isamuddin bin Salikin seorang selepas dalam bidang syariah dari UKM dan Bahasa Arab dari Universiti Mekah.

Dan kemuncaknya untuk mendirikan sebuah balai Islam yang begitu strategik ini ialah apabila ada insan yang berhati mulia dengan rela hati mewakafkan sebidang tanah bagi merealisasikan impian untuk membina Balai Islam yang tersergam indah ini.

Tahniah diucapkan buat semua ajk yang telah bertungkus lumus bagi mendirikan sebuah bangunan yang begitu bermakna di dalam perjuangan PAS ini.

Dan kini bangunan ini telah pun di muatkan dengan sebuah PASTI serta beberapa aktiviti telah di jalankan di dalamnya. Dan kemuncaknya apabila MESYUARAT AGONG PAS KAWASAN BUKIT KATIL kali ke 7 telah di jalankan di Balai Islam ini selepas Perasmian bangunan ini.




No comments:

Post a Comment