Sunday, May 9, 2010

PERKENALKANLAH PAS


"Tempat jatuh lagi di kenang , inikan tempat bermain" begitulah ungkapan awal dari YB DR Mujahid Yusof Rawa dalam majlis taklimat Dewan Himpunan Penyokong PAS yang diadakan semalam, di Melaka.

"Mungkin Berkat dari Melakalah , maka saya menjadi YB di Parit Buntar sekarang" sambung DR Mujahid yang begitu ceria dalam mengingatkan nostalgia yang indah suatu ketika dahulu , semasa dia pernah menetap di Melaka . Beliau juga sempat menyebut seorang demi seorang nama sahabat-sahabat yang pernah susah dan senang bersamanya ketika di Melaka dan yang paling mengembirakanya lagi ialah apabila beliau dapat memandang lagi wajah-wajah sahabat-sahabatnya itu semalam walaupun kebanyakkan dari mereka telah pun di mamah usia.

"Saya begitu bangga apabila melihat orang-orang lama masih lagi meneruskan kerja-kerja dakwah ini, inilah yang memberikan semangat kepada saya untuk terus beramal dengan lebih gigih lagi.".. sambil beliau terus menerus menyebut nama-nama sahabat-sahabat yang banyak mengajarnya.

"Bergeraklah ke gerbang jasa..Kalah menang bukan alasannya" dengan bangganya Dr Mujahid mendendangkan dua baris ungkapan lagu rasmi PAS bagi mengingatkan para hadirin serta dirinya sendiri bahawa walau setinggi mana yang ingin kita capai , pastikan bahawa asasnya adalah keikhlasan kerana ALLAH S.W.T. .IKHLAS kerana ALLAH ...KEIKHLASAN Sudah pastinya apabila di campak ke laut, ianya akan menjadi pulau.

Menurut Dr Mujahid Yusof pada 23 MEI Bakal menempah satu sejarah dunia apabila PAS akan melancarkan Dewan Himpunan Penyokong PAS , sebagai satu sayap baru parti. Ini adalah sebahagian dari usaha susulan parti sebagai mengiktiraf sokongan rakyat bukan Islam terhadap PAS melalu Kelab Penyokong PAS yang diwujudkan sebelum ini.

Sererusnya DR Mujahid memberikan taklimat bagaimana munculnya Kelab Penyokong PAS sehingga diiktiraf oleh parti.

Banyak pengalamam suka duka , serta pahit maung yang telah di lalui oleh Dr Mujahid dalam mengendalikan Kelab Penyokong PAS.Memang ianya satu yang sukar tapi sebagaimana yang telah di sebut dari awal-awal lagi, "Hanya segala amal bermula dengan niat dan hanya bagi tiap-tiap seseorang , apa yang dia niatkan. Maka barang siapa hijrahnya kepada ALLAH dan Rasulnya, maka hijrahnya kepada ALLAh dan Rasulnya, dan barangsiapa hijrahnya bagi dunia yang ia akan memperolehinya atau perempuan yang ia ingin mengahwininya, maka hijrahnya kepada apa yang ia berhijrah kepadanya.

Mungkin lebih senang untuk berhubung dengan sesuatu benda bila di bandingkan hendak berhubung dengan manusia, tambah-tambah lagi manusia yang kita tidak mengenali adat dan budaya mereka. Pastinya ianya sesuatu yang sukar.

Tahniah di ucapkan kepada Saudara Adli selaku Timb Pesuruhjaya 1, BPPNM yang telah menganjurkan Program Taklimat Dewan Penyokong PAS ini. Sedikit sebanyak ianya telah memberikan laluan bagi negeri Melaka belajar intisari dari apa yang di sampaikan oleh YB Dr Mujahid dan akan diambil tindakan sererusnya.

Seramai 10 ajk Kawasan Bukit Katil telah bersama-sama dalam majlis ini .




No comments:

Post a Comment