Wednesday, June 24, 2009

APABILA SETINGGAN BERUBAH ...



Jun

Apabila Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengarahkan agar pihak pejabat Daerah membantu menyelesaikan isu pemberian hakmilik tanah Kampung Bukit Sungai Putih, Lembah Jaya Ampang, ianya merupakan satu berita yang amat menarik untuk didengar.

Kampung yang dulunya berasal dari kampung setinggan tapi kini akan berubah menjadi satu KAMPUNG CONTOH yang akan dipenuhi dengan berbagai kemudahan dan akan menjadi kampung dengan pelbagai aktiviti ekonomi yang memberansangkan.


Kampung yang terletak bersebelahan kawasan bandar, yang telah diterokai selama 34 tahun dan mempunyai kira-kira 400 keluarga berpotensi untuk dimajukan kerana penduduknya yang terlibat dengan industri kecil-kecilan dalam pembuatan 'tempe' , 'jahitan' dan 'batik lukis' juga akan dikomersialkan keperingkat yang lebih tinggi.

Ini merupakan satu tindakan yang semestinya dipuji dalam hal untuk membela rakyat terutama kepada rakyat yang telah lama terbiar dengan segala kepayahan dan penindasan.

Apabila sebuah kampung setinggan yang dulunya kotor lagi hodoh disebabkan infrastrukturnya yang tidak terbela mampu untuk bertukar wajah kearah menjamin masa depan yang lebih bagus maka apatah lagi bagi sebuah bandar .



Tentu perubahan ini amat menakutkan BN kerana 50 tahun dibawah pemerintahannya disertai dengan sumber kekayaan negeri Selangor yang banyak, namun masih lagi tidak mampu untuk membawa perubahan kepada rakyat yang miskin. Sebaliknya tanah-tanah banyak dirampas.
Manakala rumah-rumah pangsa yang telah disiapkan untuk dibeli oleh mangsa ini, amatlah tidak sesuai. Walaupun dikatakan rumah pangsa yang dilengkapi dengan 3 bilik , tapi yang amat dikesalkan adalah ruang nya terlalu sempit yang mana terdapat ruang dapurnya dimuatkan diruang tetamu dibahagian hadapan rumah (tiada pemisahan antara ruang tetamu dan dapur) .Tak pasti samada itu ruang tetamu atau ruang dapur kerana telah dicantumkan sekali.
Terdapat juga bilik air serta tandasnya terletak dipintu masuk tetamu . Dan terdapat juga rumah pangsa yang tetamu nya akan melalui ruang dapur dulu sebelum memasukki ruang tetamu. Penulis seperti merasakan bahawa ini adalah bentuk sekadar 'melepaskan batuk ditangga.'
Oleh itu diharapkan bahawa dengan pemerintahn PAKATAN RAKYAT yang baru setahun jagung ini , maka satu perubahan yang besar akan berlaku dalam erti kata yang sebenar " Menuju Negara Berkebajikan".
Kekayaan yang telah dikurniakan oleh ALLAH S.W.T , hargailah dengan AMANAH. Jangan dibiarkan segala bentuk kekayaan terus diratah sepuas-puasnya oleh insan -insan yang jahil.
Pastikan MALAYSIA BEBAS dari segala penyakit-penyakit yang memudaratkan dengan menjalankan segala amanah dengan telus kerana walau pun dimana kita berada , kita tetap berbumbungkan langit , berpijakkan bumi dibawah kekuasaan yang Maha Esa.



No comments:

Post a Comment