Tuesday, June 2, 2009

PAS KAWASAN SERU RAKYAT MELAKA SERTAI SKIM PENYAYANG

AJK PAS Kawasan, Puan Masturah Hassan menyeru seluruh rakyat negeri Melaka khasnya penduduk di Parlimen Bukit Katil supaya menyertai Skim Penyayang anjuran PAS Negeri Melaka yang terbukti mampu meringan bebanan ahli keluarga individu yang ditimpa musibah kematian.

Dalam kenyataannya kepada Blogbukitkatil, Masturah berkata Skim ini sudah berjaya di laksanakan oleh kerajaan negeri Kelantan dan Selangor dan kini ia dianjurkan oleh PAS Melaka.

"Yuran penyertaan skim ini adalah sebanyak RM20.00 untuk tempoh perlindungan selama setahun dan ia terbahagi kepada skim iaitu bagi peringkat umur 18 sehingga 65 tahun bagi skim pertama."

"Sementara bagi skim kedua pula adalah untuk untuk mereka yang berusia antara 66 tahun sehingga 80 tahun. Sumbangan akan diterima waris si mati apabila pencarum skim pertama skim pertama meninggal dunia, waris akan menerima sebanyak RM6,000 untuk kematian dan RM1,000 untuk urusan pengebumian."

Manakala bagi skim kedua pula, pewaris akan menerima sumbangan kematian sebanyak RM1,000 dan urusan kematian sebanyak RM1,000.
Sebelum ini menurut Masturah beberapa waris di mati telah menerima manfaat dari skim ini, antaranya waris kepada Allahyarham Ismail Sedek yang menerima RM2,000.
Sumbangan ini disampaikan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman kepada waris Ismail pada program Hari Terbuka Muslimat baru-baru ini (Gambar).

Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai skim ini boleh menghubungi Husni Balis di talian 0162772288 atau pejabat Perhubungan di talian 06284 1780.

No comments:

Post a Comment