Wednesday, June 3, 2009

JANGAN ASINGKAN DIRI DARI JEMAAH - USTAZ IDRIS

Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat, Ustaz Haji Idris Haji Ahmad menyeru kepada seluruh ahli PAS supaya sentiasa istiqamah bersama Jemaah (PAS) dalam apa juga keadaan kerana dengan cara itu sahajalah ahli PAS akan selamat dari sebarang godaan dan fitnah.

"Sudah banyak contoh di mana pemimpin dan ahli yang lari dari perjuangan akhirnya mereka tidak dihormati oleh masyarakat, hidup main susah dan akhirnya hanyut di pentas dunia".

"Insya Allah jika kita istiqamah Allah akan pelihara kita, sahabat akan beri nasihat dan pertolongan dalam apa juga kesusahan dan mehnah" katanya.

Beliau juga mengingatkan peri pentingnya semua peringkat PAS mengadakan usrah bagi membina peribadi dan ilmu, membina organisasi serta menjaga ukhhuwwah dan kebajikan.

"Jika kita bertemu seminggu sekali dalam usrah sudah tentu kita akan dapat maklumat terkini tentang jemaah, aktiviti. Kita juga akan dapat ilmu-ilmu haraki, tingkatkan ibadat dengan ma'thurat dan lain-lain."

"Banyak cawangan yang mati kerana tiada usrah dan markas, akhirnya cawangan terus berkubur, ahli hilang dan jemaah kian lemah" ujar beliau.

Beliau melahirkan rasa kesal disebabkan ada diantara kawasan yang mempunyai cawangan yang banyak dan bilangan usrah yang sangat sedikit.

"Ada tempat yang cawangannya 99 buah tapi usrah dibuat di 2 cawangan sahaja, markas jadi usang dan berabuk kerana tiada usrah dan aktiviti" kata beliau.

Beliau berkata demikian pada program usrah gabungan PAS Kawasan Bukit Katil anjuran bersama PAS Cawangan Taman Cempaka di Markaz PAS Taman Cempaka malam tadi.

Turut hadir Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Katil, Haji Ali Sharif, NYDP Haji Ismail Ahmad, Penolong Setiausaha Haji Salamat Aman, Bendahari Haji Ab Rahhim Idris, Ketua Dewan Pemuda, Puhat Bedol dan pimpinan PAS Kawasan dan Cawangan seluruh Bukit Katil.

No comments:

Post a Comment