Monday, June 22, 2009

PRK MANEK URAI : PAS KAWASAN BERTUGAS PADA 11-14 JULAI

Timbalan Pengarah Jabatan Pilihanraya Kawasan Bukit Katil, Haji Yassim Musa berkata PAS Kawasan akan bertugas di Manek Urai pada 11-14 Julai depan bagi membantu jentera PAS mempertahankan kerusi Manek Urai.

PAS Kawasan akan menghantar 4 orang petugas sepenuh masa pada tarikh tersebut di mana ianya akan diketuai oleh Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan, Haji Mohd Ali Sharif.

Haji Yassim berkata PAS Kawasan yang akan bertugas di Peti Undi Sungai Soh di jaga oleh PAS Kawasan Kubang Kerian dengan dibantu oleh PAS Negeri Sembilan dan Melaka.

Pada PRU 2008 lalu PAS memenangi Peti Undi tersebut dengan majoriti yang agak besar.

Ditanya tentang keyakinan PAS memenangi PRK tersebut, Haji Yassim menyatakan bahawa walaupun pertarungan di Manek Urai dijangka sengit namun PAS tidak menghadapi masalah untuk mempertahankannya.

No comments:

Post a Comment