Wednesday, June 17, 2009

PAS KAWASAN SOKONG PERLANTIKAN USTAZ GHANI

PAS Kawasan Bukit Katil mengucapkan tahniah kepada Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman kerana sekali lagi diamanahkan oleh perwakilan sebagai AJK PAS Pusat pada muktamar PAS Pusat baru-baru ini.
Selain itu PAS Kawasan juga menyokong penuh perlantikan semula beliau sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka bagi sessi 2009/2011.
Sesungguhnya perlantikan tersebut membuktikan bahawa beliau masih mendapat kepercayaan penuh dari ahli dan kepimpinan PAS.
Sementara itu Timbalan Pesuruhjaya PAS 1 sessi lepas Adly Zahari dikekalkan untuk sessi 2009/2011. Sementara Mejar (B) Jasme Tompang dilantik sebagai TPJ 2 dan YDP Kawasan Tangga Batu, Ustaz Kamis Saat dipilih sebagai TPJ 3.
Mejar (B) Jasme juga dikekalkan sebagai Pengarah Pilihanraya Negeri Melaka.
Selain itu Setiausaha dan Bendahari sessi lalu iaitu Harun Mohamed dan Husni Balis Ali juga dikekalkan pada sessi ini.
YDP PAS Bukit Katil, Sofi Wahab pula dikekalkan sebagai Ketua Penerangan untuk sessi ini.
Semoga perlantikan baru ini akan memberikan sinar baru kepada perjuangan PAS di Melaka.

1 comment:

  1. Salam, dengar kabar...PAS Kawasan Kota dah buat usul Undi tak Percaya kepada Pesuruhjaya PAS Melaka a.k.a Us Ghani, semasa mesyuarat Agung kawasan Kota baru=baru ni......maksudnya kepimpinan Us Ghani di Melaka tidaklah diterima sepenuhnya....mungkin Ust Ghani kena kurangkan kroni-kroni @ pembantu-pembantu hantu yang banyak memberi nasihat tak konstruktif. Cuba tengok pimpinan Harian PAS Melaka....mengapa lantikan tak menyeluruh melibatkan YDP Kawasan...mengapa YDP PAS Kawasan Kota tak tersenarai, sedangkan YDP Kawasan lain semua ada...? Adly YDP A.Gjaha, Mejar Jasmi YDP Jasain, Us Kamis YDP T.Batu dan Sofi YPD B.Katil dan Us Ghani sendiri sebagai YDP M.Tanah.

    Satu lagi....apa peranan Sedara Harun Mohamad sebagai SU Perhubungan, dia dari kawasan Kota, mengapa dia gagal menghubungkan kawasannya sendiri Perhubungan ...? Maknanya kepimpinannya sendiri ditolak di kawasan, cmana nak bawak peringkat negeri ?

    Apapun, tahniah kepada Us Ghani....cuma malanglah bagi PAS Melaka.

    ReplyDelete