Wednesday, May 27, 2009

CALON TIMBALAN PRESIDEN : PAS BUKIT KATIL BERSYUKUR

Bukit Katil : Setiausaha PAS Kawasan Bukit Katil, Ramli Dalip melahirkan rasa syukur dengan suburnya demokrasi di dalam PAS.

Ramli mengucapkan tahniah kepada Ustaz Nasaruddin, Dato' Husam Musa dan Haji Mohamad Sabu kerana terus menyuburkan demokrasi di dalam PAS walaupun demokrasi sudah mati di dalam Umno.
Ketiga-tiganya sah akan bertanding jawatan Timbalan Presiden pada Muktamar PAS Pusat yang bakal berlangsung pada Jumaat minggu depan.

"Terbukti PAS lebih terbuka, telus dan mengamalkan demokrasi sebenar di mana tidak pernah menghalang sesiapa sahaja untuk bertanding apa-apa jawatan hatta Presiden. Tidak ada kouta ditetapkan seperti yang diamalkan oleh Umno."

"Saya yakin pertandingan di dalam PAS adalah perebutan untuk berlumba-lumba membuat kebajikan bukan berlumba-lumba mengumpulkan kekayaan."

Beliau juga memberikan nasihat kepada ahli PAS terutama para perwakilan bahawa mereka mempunyai tugas dan amanah untuk memilih calon yang benar-benar layak untuk memegang jawatan no 2 di dalam PAS iaitu Timbalan Presiden.

"Berkenaan calon popular saya yakin ketiga-tiga calon adalah popular dan berpeluang untuk menang walaupun mungkin salah seorangnya mempunyai jumlah pencalonan yang banyak. Ahli PAS matang untuk memilih calon terbaik di kalangan yang baik." ujar Ramli ketika ditemui di Pejabat PAS Kawasan di sini semalam.

No comments:

Post a Comment