Monday, May 4, 2009

TIDAK MUSTAHIL PR PERINTAH MELAKA

Naib Presiden PAS, Haji Mohammad Sabu meminta pimpinan dan ahli PAS Melaka supaya bersedia mengambil alih kuasa di negeri Melaka kerana riak-riak tersebut mula kelihatan sejak Pilihanraya Umum Mac 2008 lalu.

"Saya sendiri tidak pernah terfikir bahawa orang Tionghua dan India akan memberikan sokongan padu kepada PAS kerana sebelum perkara sebegini tidak pernah berlaku".

"Bayangkan sebelum ini PAS tidak pernah menangi di kerusi campuran iaitu komposisi kaum iaitu Melayu dan Bukan Melayu adalah lebih kurang sama" kata Mohammad.

Sebaliknya, kata Mohammad pada pilihanraya umum yang lalu PAS bejaya memenangi kerusi-kerusi seumpama itu seperti di Parlimen Kora Raja, Shah Alam, Kuala Selangor dan lain-lain.
Malah menurutnya, Dr Mariah Mahmood berjaya memenangi kerusi Parlimen Kota Raja walaupun kawasan tersebut majoriti pengundinya adalah bukan Melayu.

"Fenomena itu berlaku kerana orang bukan Melayu melihat PAS adalah sebuah parti yang bersih, telus dan pimpinannya tidak mengamalkan rasuah serta amanah kepada apa juga jawatan yang diberikan kepada mereka".

"Rakyat sudah muak dengan sikap parti komponen-komponen BN yang ternyata mengamalkan kronisme, nepotisme, rasuah dan lain-lain" ujarnya.

Mohamad berkata kerana itulah ahli dan pimpinan PAS mesti bersedia untuk merampas dan mentadbir negeri Melaka kerana momentum ini akan terus kekal seperti yang dibuktikan di Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang dan Bukit Selambau.

Sementara itu beliau juga menyatakan politik perkauman yang menjadi senjata BN sebelum ini sudah berkubur kerana PAS, DAP dan PKR berjaya memberi kefahaman kepada rakyat bahawa politik perkauman adalah politik lapuk yang sangat merugikan negara dan rakyat.

"Apakah kita rugi dengan menyokong Cina yang baik, India yang baik dan Melayu yang baik. Mereka ini mesti disokong, yang kita tentang ialah Cina jahat, India jahat dan Melayu jahat" kata Mohamad.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Bukit Katil di INB Resort Ayer Keroh pagi tadi.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah ADUN Ayer Keroh, YB Khoo Poay Tiong; Setiausaha Perhubungan PKR Negeri Melaka Yusof Abdullah.

No comments:

Post a Comment