Sunday, May 24, 2009

TIADA PERTEMBUNGAN ULAMA DAN PROFESSIONAL

Semalam PAS Kawasan Bukit Katil menghantar rombongan 4 perwakilan bagi mewakili PAS Kawasan menghadiri Sambutan Jubli Perak 25 tahun Kepimpinan Ulama' di Markaz Tarbiah PAS Pusat di Taman Melewar.

PAS Kawasan diwakili oleh Yang Dipertua PAS Kawasan, Sofi Wahab, Ketua Urusan Ulama' Ustaz Nurkhairi Yusof, Naqib PAS Kawasan yang juga AJK PAS Kawasan Ustaz Abu Bakar Ramlee serta Ketua Penerangan PAS Kawasan Zainal Mohamad.

Dalam ucapan perasmian penutup Tuan Guru Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sekali lagi menekankan bahawa media dan musuh-musuh PAS terus memainkan isu pertembungan antara ulama' dan professional yang didakwa sengit sedangkan perkara tersebut tidak berlaku.

Menurut Tuan Guru, PAS yang dianggotai oleh semua golongan tidak pernah membeza-bezakan pimpinan dan ahlinya. PAS katanya pernah dipimpin oleh Professional seperti Dr Burhanuddin Al Helmy dan Dr Abbas Alias yang mana masing-masing pernah menjadi Yang Dipertua Agung PAS dan pemangku Yang Dipertua Agung atau digelar Presiden sekarang.

"Jadi sebenar PAS sudah lama dipimpin oleh Ulama' atau professional dan ini tidak menjadi masalah di dalam PAS".

"Semua pihak harus berusaha untuk memastikan usaha ke arah menggembelengkan tenaga ulama' dan profesional bagi melaksanakan tugas yang diamanahkan ALlah kepada kita," katanya.

Beliau yang juga ahli parlimen Marang mengingatkan para peserta yang hadir agar mengelakkan hubungan antara kedua-dua golongan ini agar tiada pihak boleh mengambil kesempatan untuk mewujudkan kekacauan.

"Jika hubungan ini renggang, ianya akan dikacau oleh pihak tertentu sepertimana pihak media yang sering cuba untuk memperdayakan kita dengan maklumat yang salah," ujarnya.

4 Resolusi telah digariskan di akhirkan Program Sambutan Jubli Perak Kepimpinan Ulama’ tersebut iaitu
  • Berusaha mengukuhkan kepimpinan ulama’
  • Memastikan kesinambungan kepimpina ulama’
  • Kepimpinan di dalam PAS adalah kepimpinan Jamai’ey yang menggabungkan semua tenaga yang ada dalam PAS – ulama’, professional dll.
  • Memperkukuhkan Prinsip Syura dalam PAS

Jazakallahu Khairan Kathira diucapkan kepada keempat-empat perwakilan PAS Kawasan.

Gambar : 3 dari 4 perwakilan PAS Kawasan sedang khusyuk mendengar pembentangan kertas kerja.

No comments:

Post a Comment