Wednesday, May 6, 2009

PAS KAWASAN KUTUK PENANGKAPAN MAT SABU

Setiausaha PAS Kawasan Bukit Katil, Ramli Dalip mengutuk sekeras-kerasnya penahanan Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu hari ini.

"Nyata sekarang bahawa Najib lebih ganas dan biadap dari Tun Abdullah sebagaimana yang diramal oleh ramai orang."

"Konsep One Malaysia Najib sebenarnya hanyalah konsep untuk menyelamatkan dirinya, keluarganya serta kroni-kroninya" kata Ramli.

Ramli berkata lebih malang lagi penahanan itu pula tidak dibuat mengikut prosedur di mana tiada waran tangkap dan punca penankapan tidak dijelaskan.

Menurutnya, penangkapan jelas membuktikan bahawa kerajaan BN berani bertindak sesuka hati terhadap musuh politiknya ini amat bertentangan dengan amalan demokrasi.
Mohamad Sabu ditangkap polis jam 3.10 petang tadi di hadapan Restoran Haslam, Jalan Pahang Barat, Kuala Lumpur. Ramai pihak percaya penangkapan beliau ada kaitan dengan perhimpunan munajat yang akan dianjurkan subuh esok (7 Mei), bersempena persidangan Dewan Undangan Negeri Perak.

Sekumpulan anggota polis dipercayai Special Branch, dengan tiga buah kenderaan, menyerbu beliau, sebaik sahaja Naib Presiden PAS itu keluar dari restoran berkenaan.

No comments:

Post a Comment