Monday, May 11, 2009

HARI TERBUKA PAS

Jasin : Hari terbuka PAS anjuran bersama Dewan Muslimat PAS Negeri dan Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka mendapat sambutan yang baik dan meriah dari segenap lapisan masyarakat.
Program yang bertujuan untuk mendekatkan PAS dan rakyat negeri Melaka telah berlangsung di Dataran HAMAS, Simpang Kemendor di sini.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah pemeriksaan kesihatan, acara sukaneka kanak-kanak, sukaneka lelaki dan wanita dewasa, gerai-gerai perniagaan, pelancaran Dana Kebajikan PAS Melaka, Pelancaran Kelab Penyokong PAS peringkat Kawasan, Pelancaran Program 'Kita Bersaudara', Forum 'Menjana Gelombang 13' dan lain-lain.
Program Hari Terbuka ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Melaka, Adly Zahari.
Forum 'Menjana Gelombang 13' menampilkan Ahli Parlimen Titiwangsa, YB Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali, Ketua Pembangkang DUN Melaka, YB Goh Leong San, Ketua AMK Pusat Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Adly Zahari. Program tersebut dipengerusikan oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Katil, Sofi Wahab.
Program sehari suntuk itu juga dimeriahkan lagi dengan kehadiran pemimpin PR Melaka antaranya Setiausaha PKR Negeri, Mohd Yusof Abdullah; ADUN Bachang YB Lim Jak Wong; Ketua AMK Melaka Hairiz Nordin; Pengerusi Kelab Penyokong PAS Melaka, Lim Swee, Ketua Penerangan PKR Bahagian Bukit Katil, Freddie Lim dan lain-lain.
Turut hadir Timbalan Pesuruhjaya (TPJ) 2 PAS Melaka, Haji Bakrin Sidek; TPJ 3 PAS Melaka, Mejar (B) Haji Jasme Tompang; Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Dr Khatijah Jumangat.

No comments:

Post a Comment