.

BAGI MENJALANKAN AKTIVITI KAMI MEMERLUKAN DANA SALURKAN SUMBANGAN ANDA KE AKAUN PAS KAWASAN BUKIT KATIL, BANK ISLAM 04015010048965. JAZAKALLAHU KHAIRAN KATHIRA

Friday, May 29, 2009

JEMPUT HADIR CERAMAH HUSAM 31 MEI

Naib Presiden PAS, Dato' Haji Husam Musa akan berceramah di Bukit Katil pada 31 Mei 2009 di Pejabat PAS Kawasan Bukit Katil jam 9.00 malam.

Ceramah ini akan dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Bukit Katil, Jauhar Dawi mengharapkan seluruh penyokong dan ahli PAS serta juga rakyat Melaka dapat menghadirkan diri bagi mendengar ceramah isu-isu semasa yang hangat sekarang ini seperti isu PRK Penanti, PRK Manek Urai, Isu Debat Husam-Zahid, Debat Ali-Khoo dan kemelut politik Perak.
Selain itu isu-isu negeri Melaka juga akan turut dibangkitkan oleh para penceramah tempatan.

Selain Husam turut sama berceramah pada malam tersebut ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Ustaz Kamaruddin Sidek dan ADUN Ayer Keroh, YB Khoo Poay Tiong.

Wednesday, May 27, 2009

PAS SOKONG DEBAT KHOO-ALI

PAS Kawasan Bukit Katil menyokong debat antara ADUN Ayer Keroh dan Ketua Menteri Melaka Ali Rustam atas tajuk 'Siapakah yang memalukan rakyat Melaka?'.
Sesungguhnya debat itu akan dapat merungkaikan perkara sebenar samada PR atau BN yang memalukan rakyat Melaka.
"Kita tahu nanti siapa yang rasuah dan siapa yang tidak rasuah, siapa yang tiada integriti dan siapa yang ada integriti".
"Ali Rustam sebagai seorang Ketua Menteri tidak perlu takut untuk berdebat dengan YB Khoo jika beliau benar-benar berani dan tidak bersalah" kata Ramli Dalip yang merupakan Setiausaha PAS Kawasan Bukit katil.
Ramli menggesa Ali Rustam supaya menerima pelawaan ADUN Ayer Keroh tersebut kerana debat merupakan antara aktiviti sihat yang dapat meningkatkan minda rakyat selain dapat mencari kebenaran.
"Ali tidak perlu takut jika beliau benar, berani kerana benar takut kerana salah" kata Ramli.

CALON TIMBALAN PRESIDEN : PAS BUKIT KATIL BERSYUKUR

Bukit Katil : Setiausaha PAS Kawasan Bukit Katil, Ramli Dalip melahirkan rasa syukur dengan suburnya demokrasi di dalam PAS.

Ramli mengucapkan tahniah kepada Ustaz Nasaruddin, Dato' Husam Musa dan Haji Mohamad Sabu kerana terus menyuburkan demokrasi di dalam PAS walaupun demokrasi sudah mati di dalam Umno.
Ketiga-tiganya sah akan bertanding jawatan Timbalan Presiden pada Muktamar PAS Pusat yang bakal berlangsung pada Jumaat minggu depan.

"Terbukti PAS lebih terbuka, telus dan mengamalkan demokrasi sebenar di mana tidak pernah menghalang sesiapa sahaja untuk bertanding apa-apa jawatan hatta Presiden. Tidak ada kouta ditetapkan seperti yang diamalkan oleh Umno."

"Saya yakin pertandingan di dalam PAS adalah perebutan untuk berlumba-lumba membuat kebajikan bukan berlumba-lumba mengumpulkan kekayaan."

Beliau juga memberikan nasihat kepada ahli PAS terutama para perwakilan bahawa mereka mempunyai tugas dan amanah untuk memilih calon yang benar-benar layak untuk memegang jawatan no 2 di dalam PAS iaitu Timbalan Presiden.

"Berkenaan calon popular saya yakin ketiga-tiga calon adalah popular dan berpeluang untuk menang walaupun mungkin salah seorangnya mempunyai jumlah pencalonan yang banyak. Ahli PAS matang untuk memilih calon terbaik di kalangan yang baik." ujar Ramli ketika ditemui di Pejabat PAS Kawasan di sini semalam.

Tuesday, May 26, 2009

PAS KAWASAN ADAKAN PERTEMUAN DENGAN DEWAN PEMUDA DAN DEWAN MUSLIMAT

Malam tadi Dewan Harian PAS Kawasan dan AJK Dewan Pemuda PAS Kawasan dan Dewan Muslimat PAS Kawasan mengadakan pertemuan dan perbincangan bagi memantapkan lagi program dan perancangan masa depan.
Pelbagai perkara telah dibincangkan antaranya KPI, taqwim dan lain-lain.
Adalah diharapkan program tersebut dapat meningkatkan lagi gerakerja PAS di dalam Kawasan Bukit Katil demi mencapai target yang telah dipersetujui bersama.

Antara pimpinan yang hadir ialah YDP, YTDP, NYDP, Setiausaha, Ketua Penerangan, Bendahari , Ketua Urusan Ulama' PAS Kawasan dan Ketua-ketua Dewan beserta AJK masing-masing.

Sunday, May 24, 2009

TIADA PERTEMBUNGAN ULAMA DAN PROFESSIONAL

Semalam PAS Kawasan Bukit Katil menghantar rombongan 4 perwakilan bagi mewakili PAS Kawasan menghadiri Sambutan Jubli Perak 25 tahun Kepimpinan Ulama' di Markaz Tarbiah PAS Pusat di Taman Melewar.

PAS Kawasan diwakili oleh Yang Dipertua PAS Kawasan, Sofi Wahab, Ketua Urusan Ulama' Ustaz Nurkhairi Yusof, Naqib PAS Kawasan yang juga AJK PAS Kawasan Ustaz Abu Bakar Ramlee serta Ketua Penerangan PAS Kawasan Zainal Mohamad.

Dalam ucapan perasmian penutup Tuan Guru Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sekali lagi menekankan bahawa media dan musuh-musuh PAS terus memainkan isu pertembungan antara ulama' dan professional yang didakwa sengit sedangkan perkara tersebut tidak berlaku.

Menurut Tuan Guru, PAS yang dianggotai oleh semua golongan tidak pernah membeza-bezakan pimpinan dan ahlinya. PAS katanya pernah dipimpin oleh Professional seperti Dr Burhanuddin Al Helmy dan Dr Abbas Alias yang mana masing-masing pernah menjadi Yang Dipertua Agung PAS dan pemangku Yang Dipertua Agung atau digelar Presiden sekarang.

"Jadi sebenar PAS sudah lama dipimpin oleh Ulama' atau professional dan ini tidak menjadi masalah di dalam PAS".

"Semua pihak harus berusaha untuk memastikan usaha ke arah menggembelengkan tenaga ulama' dan profesional bagi melaksanakan tugas yang diamanahkan ALlah kepada kita," katanya.

Beliau yang juga ahli parlimen Marang mengingatkan para peserta yang hadir agar mengelakkan hubungan antara kedua-dua golongan ini agar tiada pihak boleh mengambil kesempatan untuk mewujudkan kekacauan.

"Jika hubungan ini renggang, ianya akan dikacau oleh pihak tertentu sepertimana pihak media yang sering cuba untuk memperdayakan kita dengan maklumat yang salah," ujarnya.

4 Resolusi telah digariskan di akhirkan Program Sambutan Jubli Perak Kepimpinan Ulama’ tersebut iaitu
  • Berusaha mengukuhkan kepimpinan ulama’
  • Memastikan kesinambungan kepimpina ulama’
  • Kepimpinan di dalam PAS adalah kepimpinan Jamai’ey yang menggabungkan semua tenaga yang ada dalam PAS – ulama’, professional dll.
  • Memperkukuhkan Prinsip Syura dalam PAS

Jazakallahu Khairan Kathira diucapkan kepada keempat-empat perwakilan PAS Kawasan.

Gambar : 3 dari 4 perwakilan PAS Kawasan sedang khusyuk mendengar pembentangan kertas kerja.

Saturday, May 23, 2009

ZIARAH..PENUHI KBSM


Saudara Asri Sagap kini, sedang menjalani pemeriksaan di Hospital Besar, Melaka apabila disyakki mengidap jangkitan kuman diparu-paru . Menurut isterinya , beliau tiba-tiba pitam sewaktu sedang bertugas dan pernah juga dimasukkan kehospital pada tahun 2008 kerana mengidap penyakit yang sama.
Beliau merupakan bendahari serta ajk pasti Sri jati , cawangan Sg putat.

Kini beliau berada diwad aras 3-4 -24. Semalam TYDP Kawasan Bukit katil , juga selaku Ketua cawangan Sg Putat , Hj Ali syarif serta isterinya telah sempat menziarahi saudara Asri Sagap.


Bagi yang mengenali dirinya , bolehlah menziarahi beliau. Semuga beliau tabah menghadapi ujian ini.


Friday, May 22, 2009

HAKIM DAN BUKIT KATIL

Assaalamualaikum,

Seorang hakim yang telah membuat keputusan hal kemelut Perak berasal dari DUN Bukit Katil. Seorang lagi yang baru sahaja buat keputusan yaang diselesaikan dalam masa 5 minit juga orang Melaka. Berkawan dengan orang Bukit Katil.

Hai la labi.

Tuesday, May 19, 2009

DUN PERAK DAH NAK BUBAR, BUKIT KATIL BILA NAK P/RAYA

Assalamualaikum,

DUN Perak nampaknya akan dibubarkan. Itu adalah desakan rakyat Perak dan juga rakyat Malaysia.

Rakyat Bukit Katil juga mendesak agar diadakan pilihanraya kecil. Sebabnya ialah salah seorang penyandang telah hilang kelayakan. Soal membazir duit tidak timbul, sebab UMNO/BN kan suka adakan pilihan raya?

Monday, May 18, 2009

SUKAN PASTI BUKIT KATIL ERATKAN HUBUNGAN PASTI DAN KELUARGA MURID-MURID

Sukan PASTI Kawasan Bukit Katil yang dilangsungkan Sabtu lalu berjaya mengeratkan hubungan seluruh guru-guru PASTI dan keluarga murid-murid PASTI di kawasan tersebut.

Kira-kira 400 ahli keluarga, guru-guru, Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Kawasan dan murid-murid berkumpul bagi menjayakan program tahunan tersebut yang diadakan di Padang Sekolah Menengah Ar Rahmah, Solok Gaong, Melaka.

Antara acara yang dipertandingkan ialah bolasepak dan bolajaring. Acara ini merupakan acara tahunan yang diadakan bagi memilih pasukan terbaik dan juga mencungkil bakat murid-murid untuk diketengahkan sebagai pemain bagi pasukan PASTI Bukit Katil pada kejohanan PASTI Negeri yang bakal diadakan tidak lama lagi.

Pengarah Program, Khairuddin Ismail ketika ditemui menyatakan objektif utama kejohanan ini ialah bagi mngeratkan hubungan silaturrahim diantara Pengurusan PASTI, Guru-Guru dan ahli keluarga murid-murid PASTI.

“Insya Allah program tahunan ini akan diteruskan kerana terbukti ianya dapat mengeratkan jalinan ukhuwwah antara keluarga, guru-guru dan pihak pengurusan PASTI”.

“Banyak manfaat yang diperolehi dari program ini di mana kita dapat melihat bagaimana guru-guru dan keluarga berganding bahu bekerjasama merancang taktik dan strategi pasukan masing-masing bagi membantu pasukan mereka menang”.
Salah seorang ibu yang ditemui Maimun Osman, 40 ketika ditemui melahirkan kegembiraan beliau diatas kejayaan PASTI mendidik murid-muridnya sehingga mereka berjaya dalam akademik, berakhlak mulia dan juga cergas dalam kegiatan sukan.

“PASTI bukan sahaja mempunyai kurikulum bersepadu pra-sekolah yang terbaik malah juga mengatur program ko-kurikulum yang dapat membentuk syaksiah pelajar” ujar Maimun yang juga merupakan seorang pendidik.

Seorang lagi ibu bapa pelajar Azni Osman, 32 melahirkan rasa gembira kerana murid PASTI jauh lebih hebat dari segi akademik dan akhlaq berbanding pelajar-pelajar pra-sekolah lain.

“Sekolah-sekolah tadika lain banyak mengajar murid-muridnya menyanyi dan bermain sedangkan program akademik dan membina syakhsiah agak kurang”

“PASTI terbukti semakin diterima masyarakat walaupun mendapat berbagai tekanan dan penindasan dari kerajaan negeri Melaka” kata Azni yang mempunyai anak yang bersekolah di PASTI Ar Rahmah, Solok Gaong.
Dalam kejohanan tahun ini PASTI Ar Rahmah berjaya menyimpan terus Piala Pusingan Ketua Pemuda untuk acara bolajaring apabila memenanginya buat kali ketiga berturut-turut manakala Naib Johan dimenangi oleh PASTI Seri Jati.

Manakala acara bolasepak dimenangi oleh PASTI Seri Jati yang berjaya mengalahkan PASTI Al Ikhwan pada perlawanan akhir melalui sepakan penalty.

Sementara itu Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil, Puhat Bedol menyampaikan ucapan perhargaan kepada seluruh guru PASTI di kawasan Bukit Katil sempena sambutan Hari Guru 16 Mei ini.

“Dewan Pemuda amat menghargai sumbangan semua guru-guru PASTI khasnya guru PASTI Bukit Katil yang tidak jemu-jemu mendidik anak-anak kita menjadi insan berguna”.

“Tidak ada kata yang dapat saya tuturkan untuk membalas jasa dan pengorbanan guru-guru PASTI yang sanggup berkorban dan berjihad masa, tenaga dan wang ringgit demi pendidikan anak-anak kita” kata Puhat.

Semua guru-guru telah menerima perhargaan berupa ‘plak’ dari Dewan Pemuda PAS Bukit Katil sempena sambutan hari guru yang diadakan bersama-sama dengan sukan tahunan tersebut.

TUTORIAL UNTUK NAJIB

Assalamualaikum,

Sekarang gerakan rakyat untuk mendesak DUN Perak dibubarkan sedang mengganda momentum dan semakin menggunung. Pihak istana dipohon beri perkenan supaya DUN Perak dibubarkan.

Hanya dengan menipu dan melanggar undang undang sahaja UMNO/BN boleh kekal di Perak, dan satu satunya cara yang mereka sangat terliur ialah dengan memaksa undi tidak percaya.

PAS Bukit Katil ingin memberi tutorial untuk Najib sekiranya lain kali dia hendak rampas kuasa, maka lakukan secara senyap senyap. Bukankah wanita UMNO pakar kempen bisik? Jangan kau gopoh jumpa sultan atau TYT. Pakat senyap senyap, ushakah persidangan DUN, dan dalam DUN buat usul undi tidak percaya.

Bila dikira undi BN menang, barulah itu namanya perompak pro.

Sunday, May 17, 2009

RAKYAT MINTA DUN PERAK BUBAR

Assalamualaikum,



Seorang penyokong kuat Pakatan Rakyat dari Pulau Pinang telah menyatakan bantahan dengan caranya sendiri atas apa yang sedang berlaku di Perak sekarang.

Beliau telah mengambil tindakan nekad yang mungkin boleh membahayakan diri sendiri dengan memanjat sebatang pokok berhampiran Esplanade, Padang Kota Lama dan berada di atas pokok tersebut selama 8 jam.












Sementara di Ipoh seorang pemuda berketurunan India semalam telah berdiriseorang diri di pintu belakang bangunan pentadbiran kerajaan negeri Perak bagi menunjukan protes secara aman (silent protest) terhadap kemelut politik di negeri itu. Dengan menampal mulut beliau dengan pita pelekat sambil memegang bendera negeri Perak dan hanya berdiam diri ketika polis hadir.

Pemuda berkenaan juga tidak memengang apa-apa sepanduk bagi mewakili mana-mana parti politik.


Jalan paling tepat, berhemah dan menyelamatkan air muka BN ialah bubarkan DUN Perak dan adakan pilihanraya negeri!

BN MELAKA ARE IN FOR THE SHOCK OF THEIR LIFE

Assalamualaikum,


In the 1995 general election, almarhum my former ustaz, Ustaz Ali stood for the Duyung state contituency, vying against Gan Boon Leong, a former body-builder-turned politician. The ustaz lost. He lost badly. Lost his deposit. That was the situation PAS was in then. It hadn't much improved in the general elections following that one, but it certainly took a turn for the better in the last general election.

In the next general election, BN will experience something which it had never experienced before. It will taste defeat. Election victory is something BN has become accustomed to all these years ,to such an extent that they have become complacent and abusive. The abuses that they have piled up are so mammoth that the derailment of people's trust of BN germinated and is growing and ballooning. The things which the BN fails to detect are:

People's changing perception. The perception that the BN is all perfect and all protecting umbrella for the people has been shattered. The instilled and inculcated fear for the opposition parties, especially PAS has faded and is disappearing fast. The non-Malay non-Muslim voters fear PAS no more. They have now fully eradicated the stigma implanted by UMNO/BN that PAS is hardline religious fanatics out to destroy the rights of the non Muslims. They can be deceived no more.

The non-Muslims are ready to cast their votes for PAS. BN can not outmanouver this trend by gerrymandering since it has lost the ability to amend the constitution.

The diminishing demography of UMNO's hardline voters. The number of voters that stay loyal to UMNO no-matter-what is fast dwindling. This generation is fast being replaced by the open-minded well-educated and stigma-free generation. UMNO/BN cannot print and implant political perceptions on their minds. They are smart enough and bold enough to develop their own perception of politics. Meaning, they refused to be duped into voting UMNO/BN.

Come the 13th general election. UMNO/BN will cry to its last drop of tears.

Saturday, May 16, 2009

YANG DIHEBOHKAN DLM BLOG UMNO

Assalamualaikum,
Majalah Melenia Muslim sejak dua tiga bulan kebelakangan sering datang ke peti surat saya dipejabat. Ia diberi secara percuma. Saya belek belek isi setiap keluaran, tetapi keran ia bahan propaganda UMNO, maka ia tinggal sebagai kertas bercetak sahaja di atas meja saya.

Tetapi isu di atas seolah menjadi satu penawar yang manis bermadu untuk umnoriyyun, sehingga ada yang terpesona dengan kupasan isu oleh seorang sahibussamahah.

Ada blog UMNO yang highlight isu ini.

Sedutan yang menggembirakan umnoriyyun:

MM: Adakah penyelesaian terbaik antara Nizar dan Zambry yang sama-sama Melayu?

Harussani: Mereka tidak rebut kuasa. Cuma mereka(UMNO) bagi tahu pada sultan sekarang BN lebih daripada PR. Itu saja. Pasal dua wakil rakyat PR dan seorang kembali kepada BN. Terimalah hakikat tu. Tapi mereka tidak boleh terima. Sekarang majoriti wakil rakyat memihak BN.

Kalau kita mengasihi orang kafir itu haram. Kita boleh berbaik dengan orang kafir tapi kita tidak boleh berkasih dengan orang kafir. Kenapa kita lebih menyayangi orang kafir daripada sayang orang Islam? Orang Islam kita sanggup maki hamun, orang kafir kita berpeluk peluk pula.

Macam kes Elizabeth Wong memang dia jelas buat maksiat. Kenapa Ketua Muslimat PAS peluk sampai menangis, dan macam mana Nik Aziz (MB Kelantan) boleh menyokong isu ini. Sedangkan kita tahu mereka tidak akan sokong Islam. Tengok saja Ketua DAP kata:"langkah mayat saya dulu"



Bila saya telah jengah tulisan tersebut, saya kata ah, typical pembodek. Mindset telah dicetak oleh persepsi awal.

Otak anda pun jenis cetak-siap ke?

MENINGITIS, SELSEMA BABI DAN PRAYA KECIL BKT KATIL

Assalamualaikum,

Sekarang telah pun disahkan bahawa penyakit selsema babi telah merebak ke Malaysia. Penyakit ini adalah serius kerana ia bersifat life-threatening. Selain daripada itu, kawasan Bukit Katil juga telah diserang satu lagi penyakit yang juga bersifat life-threatening, iaitu meningitis. Tiang Dua yang selama ini menjadi pekan berhabuk tiba tiba dikenali seluruh Malaysia kerana penyakit ini.

Oleh kerana kedua dua penyakit ini boleh membawa maut, ia juga boleh menjangkit kepada politik di Bukit Katil. Di kawasan parlimen ini satu penyakit yang jelas boleh membawa maut telah pun merebak dengan dahsyatnya. Kalau selsema babi adalah nama hodoh bagi penyakit yang menyerang Tiang Dua dan dengan itu ia diganti dengan nama H1N1, maka penyakit yang menyerang kawasan parlimen Bukit Katil juga begitu.

Nama hodoh penyakit ini ialah rasuah. Nama glamournya ialah politik wang. Dan penyakit ini telah disahkan menghinggapi seorang politik Bukit Katil. Setelah ujian makmal dijalankan, pesakit ini didapati positif dengan penyakit rasuah.

Oleh kerana meningitis dan selsema babi bersifat life-threatening, rasuah juga ada musibahnya. Ia bersifat career-threatening. Lambat laun, pesakit ini akan kaput juga.

PAS Bukit Katil perlu siap siaga untuk pilihan raya kecil.

Thursday, May 14, 2009

APA ISTIMEWA 'WARONG KEBAJIKAN BUKIT KATIL'..


Warong Kebajikan Bukit Katil sudah tidak asing lagi bagi ahli-ahli PAS yang tinggal diBukit Katil. Kedudukannya yang strategik ditepi jalan memudahkan ahli-ahli berkumpul setiap malam .Disitulah kesempatan yang diambil untuk membincangkan hal-hal yang perlu.
Warong yang beroperasi dalam jam 9.30 malam sehingga 12 malam telah mula mendapat perhatian bukan saja ahli PAS malah ahli-ahli Pakatan Rakyat yang lain juga.




Warong ini juga bertujuan menarik ahli -ahli baru juga sesesiapa saja yang ingin menyertai Pakatan Rakyat. Turut disediakan makanan secara percuma bagi penyumbang-penyumbang yang bermurah hati untuk menyumbangkan makanan.



Tabung khas juga disediakan diatas meja bagi sesiapa yang ingin menderma seikhlas hati.
"warong ini telah mengeratkan ukhwah sesama kita" itulah diantara kata-kata dari Tuan Hj Zakaria selaku pengerusi warung kebajikan apabila sempat ditemubual.







Wednesday, May 13, 2009

DUA AJK PAS KAWASAN BERKELULUSAN PhD

PAS Kawasan Bukit Katil dijangka akan lebih maju dan terkehadapan dalam gerakerjanya apabila melantik 2 orang AJK yang berkelulusan PhD.

Mereka ialah Prof. Dr Hamirdin Ithnin (gambar), seorang pakar Geografi pengkhususan dalam kajian banjir. Beliau berpengalaman sebagai pensyarah sebuah IPTA selama lebih 20 tahun. Beliau juga merupakan seorang blogger yang aktif.

Seorang lagi ialah Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan, Dr Khatijah Jumangat seorang pakar Kimia yang pernah berkhidmat sebagai Pensyarah IPTA dan pernah juga berkhidmat sebagai Pengarah syarikat korporat.

Adalah diharapkan sumbangan mereka berdua mampu untuk mendaulatkan Islam di bumi Melaka ini.


PAS KAWASAN UMUM PERLANTIKAN AJK TAMBAHAN DAN LANTIK KETUA LAJNAH

PAS Kawasan mengumumkan perlantikan beberapa orang AJK tambahan dan perlantikan ketua-ketua lajnah pada mesyuarat pertama PAS Kawasan di Pejabat PAS Kawasan Bukit Katil malam tadi.

Yang Dipertua PAS Kawasan, Sofi Wahab dilantik mengetuai Lajnah Politik, Pilihanraya dan organisasi; TYDP Tuan Haji Ali Sharif - Lajnah Tarbiah dan Latihan Kepimpinan; NYDP Tuan Haji Ismail Ahmad - Lajnah Pemerkasaan Parti; Ketua Penerangan Zainal Mohamad - Lajnah Penerangan; Tuan Haji Abdullah Ahmad - Lajnah Ekonomi; AJK Tambahan Rosli Jamaluddin-Lajnah Pendidikan; Tuan Haji Mohd Diah Abdul - Lajnah Undang-undang; AJK Tambahan Tuan Haji Bakrin Sidek - Lajnah Kebajikan; AJK Tambahan Tuan Haji Zakariah Mahmood - Lajnah Alam Sekitar; Mustaffa Ali - Lajnah Perpaduan Nasional; AJK Tambahan Prof Dr Hamirdin Ithnin - Lajnah IT dan Mohd Yani Ismail - Lajnah Pekerja dan Petani.

Beberapa orang AJK Tambahan telah dilantik antaranya Prof Dr Haji Hamirdin Ithnin, Haji Zakariah Mahmood, Haji Hussain Ithnin, Haji Zulkifli Zakaria, Haji Arshad Hussin, Yassin Saadon, Rosli Jamaluddin, Haji Zamri Ahmad, Abdul Aziz Ali dan lain-lain.

Sementara itu PAS Kawasan juga mengumumkan KPI yang akan digunakan sebagai panduan untuk melaksanakan gerakerja untuk tahun 2009/2010. KPI ini merangkumi semua Lajnah dan diharapkan ia menjadi panduan untuk menyemarakkan lagi perjuangan PAS di Kawasan Bukit Katil.


Nota : Gambar sekadar hiasan

Monday, May 11, 2009

HARI TERBUKA PAS

Jasin : Hari terbuka PAS anjuran bersama Dewan Muslimat PAS Negeri dan Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka mendapat sambutan yang baik dan meriah dari segenap lapisan masyarakat.
Program yang bertujuan untuk mendekatkan PAS dan rakyat negeri Melaka telah berlangsung di Dataran HAMAS, Simpang Kemendor di sini.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah pemeriksaan kesihatan, acara sukaneka kanak-kanak, sukaneka lelaki dan wanita dewasa, gerai-gerai perniagaan, pelancaran Dana Kebajikan PAS Melaka, Pelancaran Kelab Penyokong PAS peringkat Kawasan, Pelancaran Program 'Kita Bersaudara', Forum 'Menjana Gelombang 13' dan lain-lain.
Program Hari Terbuka ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Melaka, Adly Zahari.
Forum 'Menjana Gelombang 13' menampilkan Ahli Parlimen Titiwangsa, YB Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali, Ketua Pembangkang DUN Melaka, YB Goh Leong San, Ketua AMK Pusat Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Adly Zahari. Program tersebut dipengerusikan oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Katil, Sofi Wahab.
Program sehari suntuk itu juga dimeriahkan lagi dengan kehadiran pemimpin PR Melaka antaranya Setiausaha PKR Negeri, Mohd Yusof Abdullah; ADUN Bachang YB Lim Jak Wong; Ketua AMK Melaka Hairiz Nordin; Pengerusi Kelab Penyokong PAS Melaka, Lim Swee, Ketua Penerangan PKR Bahagian Bukit Katil, Freddie Lim dan lain-lain.
Turut hadir Timbalan Pesuruhjaya (TPJ) 2 PAS Melaka, Haji Bakrin Sidek; TPJ 3 PAS Melaka, Mejar (B) Haji Jasme Tompang; Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Dr Khatijah Jumangat.

Friday, May 8, 2009

CERAMAH ADUN PAROI 16 MEI

Majlis Tindakan DUN Bukit Baru akan menganjurkan ceramah penerangan isu semasa pada 16 Mei 2009 bertempat di Markaz PAS Bukit Baru berhadapan Flat Sri Siantan bermula jam 9.00 malam.
Penceramah jemputan ialah ADUN Paroi, YB Mohd Taufek Abdul Ghani. Seluruh rakyat negeri Melaka dijemput hadir.

Thursday, May 7, 2009

PAS KAWASAN BUKIT KATIL KUTUK KEBIADAPAN BN DI PERAK

PAS Kawasan Bukit Katil mengutuk kebiadapan kerajaan BN Perak yang membelakangkan undang-undang dan melacurkan demokrasi dalam persidangan DUN haram Perak hari ini.

Lebih mengaibkan BN menggunakan kuasa Polis menceroboh kuasa Speaker dengan mengheret Speaker keluar dari DUN dengan rakus dan biadap.

PAS Kawasan dengan ini memohon Ke Bawah Duli Tuanku Sultan Perak supaya membubarkan DUN Perak serta merta bagi menyelesaikan krisis ini secepat mungkin.

Hanya pembubaran DUN sahaja yang dapat mengembalikan semula kestabilan dan keutuhan demokrasi di Perak.

Ramli Dalip
Setiausaha PAS Kawasan Bukit Katil
4.52 petang 7 Mei 2009

Wednesday, May 6, 2009

PAS KAWASAN KUTUK PENANGKAPAN MAT SABU

Setiausaha PAS Kawasan Bukit Katil, Ramli Dalip mengutuk sekeras-kerasnya penahanan Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu hari ini.

"Nyata sekarang bahawa Najib lebih ganas dan biadap dari Tun Abdullah sebagaimana yang diramal oleh ramai orang."

"Konsep One Malaysia Najib sebenarnya hanyalah konsep untuk menyelamatkan dirinya, keluarganya serta kroni-kroninya" kata Ramli.

Ramli berkata lebih malang lagi penahanan itu pula tidak dibuat mengikut prosedur di mana tiada waran tangkap dan punca penankapan tidak dijelaskan.

Menurutnya, penangkapan jelas membuktikan bahawa kerajaan BN berani bertindak sesuka hati terhadap musuh politiknya ini amat bertentangan dengan amalan demokrasi.
Mohamad Sabu ditangkap polis jam 3.10 petang tadi di hadapan Restoran Haslam, Jalan Pahang Barat, Kuala Lumpur. Ramai pihak percaya penangkapan beliau ada kaitan dengan perhimpunan munajat yang akan dianjurkan subuh esok (7 Mei), bersempena persidangan Dewan Undangan Negeri Perak.

Sekumpulan anggota polis dipercayai Special Branch, dengan tiga buah kenderaan, menyerbu beliau, sebaik sahaja Naib Presiden PAS itu keluar dari restoran berkenaan.

MENERUSKAN AGENDA

PAS Kawasan Bukit Katil meneruskan agendanya bagi memantapkan lagi gerak kerja organisasi sebaik saja Mesyuarat Agong Kaw Bukit katil selesai pada Ahad lepas.

Perlantikan YDP baru saudara Sofi Wahab serta gabungan diantara golongan muda dan tua diharap dapat memberikan suntikan baru bagi memantapkan organisasi.

Usrah sulung selepas perlantikan baru di adakan rumah Bendahari PAS Kawasan Haji Ab Rahhim Idris di Lorong Pandan malam tadi.
Seramai 20 AJK Kawasan telah menyertai usrah sulung ini bagi menyatakan sokongan padu dalam usaha menegakkan syiar Islam dimuka bumi ini.
Kupasan dari Surah Al Hujurat ayat 16 turut menyatakan tentang keikhlasan dalam perjuangan. Keikhlasan yang hakiki dapat menghasilkan natijah yang diharapkan meskipun mengambil masa yang panjang. Istiqamah dalam perjuangan hasil dari keikhlasan , membuahkan kemanisan iman. Manisnya iman bagi yang merasainya pasti menghasilkan kepuasaan meskipun tribulasi berpanjangan.

Perlantikan baru juga telah dibuat bagi melancarkan gerakkerja dalam organisasi.
Saudara Ramli Dalip dilantik sebagai Setiausaha manakala Haji Salamat Aman diamanahkan sebagai Penolong Setiausaha.
Manakala Haji Ab Rahhim Idris dan Zainal Mohamad masing-masing dilantik sebagai Bendahari dan Ketua Penerangan.

Tuesday, May 5, 2009

HARI TERBUKA PAS MELAKA 10 MEI

Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka akan menganjurkan Hari Terbuka pada 10 Mei 2009 bertempat di Dataran Hamas, Simpang Kemendor, Jasin bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

Setiausahanya, Hajah Kintan Man (gambar) berkata program ini bertujuan untuk mendekatkan PAS dengan rakyat negeri Melaka. Antara aktiviti yang dianjurkan pada program ialah Pameran; Tarik Tali; Acara kanak-kanak; Acara wanita/kaum ibu; Persembahan pelajar-pelajar PASTI; Busana Anggun; Pemeriksaan kesihatan; Derma Darah; Pameran GMI & Palestin; Aneka Jualan; Jumble Sale; Kempen Daftar Ahli dan lain-lain.

Kintan mengalu-alukan kehadiran seluruh rakyat negeri Melaka ke program ini. Sebarang pertanyaan boleh diajukan ke talian 019-6575756 (Dr Khatijah Jumangat); 0199163683 (Hajah Kintan; 019-3564255(Puan Hawa Yaakub).

Monday, May 4, 2009

MESYUARAT AGUNG TELAH SELESAI MASA UNTUK BEKERJA KUAT

Mesyuarat Agung PAS Kawasan Bukit Katil selamat dilangsungkan pada 3 Mei 2009 bertempat di INB Resort Ayer Keroh. Perasmian telah dilakukan oleh Naib Presiden PAS Haji Mohammad Sabu.

Pada mesyuarat tersebut PAS Kawasan Bukit Katil menempa sejarah apabila kesemua 3 jawatan utama iaitu YDP, TYDP dan NYDP disandang oleh muka baru tanpa sebarang pertadingan. Sofi Wahab dan Hj Mohd Ali Sharif dipilih sebagai YDP dan TYDP manakala Haji Ismail Ahmad diamanahkan sebagai NYDP.

Sementara Ustaz Nurkhairi Yusof dipilih sebagai Ketua Urusan Ulama' selepas mengenepikan penyandangnya Ustaz Mohd Khairi Abdul Aziz.

AJK yang dilantik adalah Ramli Dalip, Haji Salamat Aman, Haji Salim Tahir, Haji Mohd Diah Abdul, Haji Abdullah Ahmad, Haji Yassim Musa, Mustaffa Ali, Ustaz Abu Bakar Ramle, Masturah Hassan, Ropisah Nordin, Haji Hedzir Abdul Rahman, Zainal Mohamad, Haji Ab Rahhim Idris, Mohd Yani Ismail dan lain-lain.

Sekarang tibalah masanya memacu semula perjuangan setelah kepimpinan penggal ini dipilih. Rata-rata perwakilan menyifatkan kepimpinan kali ini adalah terdiri dari muka-muka lama cuma jawatan sahaja yang bertukar tangan.

Insya Allah dengan semangat dan azam yang tinggi PAS Kawasan Bukit Katil akan terus maju dan menjadi peneraju kepada kemenangan PR di Negeri Melaka ini.

TIDAK MUSTAHIL PR PERINTAH MELAKA

Naib Presiden PAS, Haji Mohammad Sabu meminta pimpinan dan ahli PAS Melaka supaya bersedia mengambil alih kuasa di negeri Melaka kerana riak-riak tersebut mula kelihatan sejak Pilihanraya Umum Mac 2008 lalu.

"Saya sendiri tidak pernah terfikir bahawa orang Tionghua dan India akan memberikan sokongan padu kepada PAS kerana sebelum perkara sebegini tidak pernah berlaku".

"Bayangkan sebelum ini PAS tidak pernah menangi di kerusi campuran iaitu komposisi kaum iaitu Melayu dan Bukan Melayu adalah lebih kurang sama" kata Mohammad.

Sebaliknya, kata Mohammad pada pilihanraya umum yang lalu PAS bejaya memenangi kerusi-kerusi seumpama itu seperti di Parlimen Kora Raja, Shah Alam, Kuala Selangor dan lain-lain.
Malah menurutnya, Dr Mariah Mahmood berjaya memenangi kerusi Parlimen Kota Raja walaupun kawasan tersebut majoriti pengundinya adalah bukan Melayu.

"Fenomena itu berlaku kerana orang bukan Melayu melihat PAS adalah sebuah parti yang bersih, telus dan pimpinannya tidak mengamalkan rasuah serta amanah kepada apa juga jawatan yang diberikan kepada mereka".

"Rakyat sudah muak dengan sikap parti komponen-komponen BN yang ternyata mengamalkan kronisme, nepotisme, rasuah dan lain-lain" ujarnya.

Mohamad berkata kerana itulah ahli dan pimpinan PAS mesti bersedia untuk merampas dan mentadbir negeri Melaka kerana momentum ini akan terus kekal seperti yang dibuktikan di Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang dan Bukit Selambau.

Sementara itu beliau juga menyatakan politik perkauman yang menjadi senjata BN sebelum ini sudah berkubur kerana PAS, DAP dan PKR berjaya memberi kefahaman kepada rakyat bahawa politik perkauman adalah politik lapuk yang sangat merugikan negara dan rakyat.

"Apakah kita rugi dengan menyokong Cina yang baik, India yang baik dan Melayu yang baik. Mereka ini mesti disokong, yang kita tentang ialah Cina jahat, India jahat dan Melayu jahat" kata Mohamad.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Bukit Katil di INB Resort Ayer Keroh pagi tadi.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah ADUN Ayer Keroh, YB Khoo Poay Tiong; Setiausaha Perhubungan PKR Negeri Melaka Yusof Abdullah.